Gangguan Emosi
Kamus Dewan dan Pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi
adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Ada fakta yang menyatakan bahawa memang murid-murid kini ramai yang mengalami tekanan emosi yang kian meningkat.
adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Ada fakta yang menyatakan bahawa memang murid-murid kini ramai yang mengalami tekanan emosi yang kian meningkat.
Chaplin (1989) dalam Dictionary of psychology :
- Emosi adalah keadaan yang tindak balas dari organisme berlaku perubahan-perubahan yang disedari, yang mendalam sifatnya dari perubahan sikap sebenar.
- Gangguan emosi adalah akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.
Mohmood Nazar Mohamad (1992):
Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh manusia
yang melibatkan
beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi
Panzario Jr.(2009) :
Tekanan
(gangguan emosi) adalah berlaku secara semula jadi dimana ia berlaku
unsur-unsur paksaan daripada persekitaran luaran yang boleh menyebabkan hal
dalaman individu untuk menerimanya.
DEFINISI GANGGUAN EMOSI
Sumber rujukan:
*******************************************************************************
PERCAYAKAH ANDA BAHAWA KANAK-KANAK JUGA MENGALAMI TEKANAN EMOSI?
Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Terdapat gangguan yang keterlaluan atau boleh dilihat pada fungsi mental atau
emosi kanak-kanak yang dibuktikan dengan adanya gangguan mental atau tingkah laku,
termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri, tingkah laku
agresif atau kerencatan perkembangan.Sebenarnya keadaan ini adalah jauh
lebih serius, mendalam dan berpanjangan berbanding dengan kesan akibat
penderaan fizikal terhadap tubuh badan.
Apabila penderaan emosi berlaku bersama-sama dengan
penderaan lain, berlaku kesan penderaan terhadap emosi kanak-kanak tersebut. Penderaan terhadap
kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat jenis penderaan yang utama, iaitu :
- penderaan fizikal,
- penderaan seksual,
- penderaan kerana mereka diabaikan penjagaan
- penderaan emosi (Malaysia 1991), Kassimi Kasim)
Sudut Perundangan:
Menunjukkan penderaan ini berlaku secara
khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait
penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan
perkembangan kanak-kanak.
contoh kejadian kes tekanan emosi kanak-kanak di Malaysia...
dapatkan maklumat lebih terperinci di pautan ini -->
Tekanan emosi murid-murid telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak dan makin diakui bahawa kanak-kanak juga turut mengalami masalah tekanan emosi.
Berikut merupakan tanda gejala gangguan emosi murid:
- Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
- Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
- Sentiasa kelihatan letih
- Kerap sakit perut
- Mudah diserang penyakit
- Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
- Pencapaian akademik yang semakin merosot
- Sering berasa cemas, takut dan benci
- Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
- Cepat marah
- Suka bergaduh
- Kerap berbohong
- Bertindak liar untuk menarik perhatian
- Tindak balas kurang matang
- Berperawakan ganjil
- Membela diri secara tidak menentu
- Menunjukkan perasaan dengki
- Mengkritik secara keterlaluan
- Suka termenung atau berkhayal
Gejala gangguan emosi
klik link di bawah jika anda mahu buktinya !
********************************************************************************
FAKTOR DAN JENIS TEKANAN EMOSI KANAK-KANAK
Pelbagai faktor yang boleh dilihat menyumbang kepada tekanan emosi kanak-kanak.
Punca
Rakan
sebaya
Rakan
merupakan orang yang paling rapat bagi seorang individu di sekolah mahupun di
rumah. Rakan merupakan faktor yang sangat mempengaruhi kehidupan seseorang
contohnya dari segi pergaulan,percakapan, sikap. Apabila seseorang bergaduh
dengan rakannya, ia akan sunyi kerana rakannya tidak mahu berkawan dengannya,
tidak makan di kantin bersama. seseorang yang mengalami masalah ini mudah
murung dan sedih apabila dipulaukan. Contoh lain, seperti kes buli, ponteng sekolah dan lain-lain.
Keluarga
Ibu
bapa merupakan individu yang menjadi tempat dimana kanak-kanak meminta
perlindungan, perhatian, dan kasih sayang. Kanak-kanak mengharapkan satu
kehidupan yang bahagia, hubungan yang erat sesama ahli keluarga, boleh
berkongsi masalah. Namun begitu, keluarga
yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap
anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan
gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Menurut Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu :
- Penolakan (rejection),
- Pengasingan (isolating),
- Menakutkan (terrorising),
- SIkap tidak peduli (ignoring)
- merasuah fikiran (corrupting).
PERKARA YANG MENAKUTKAN KANAK-KANAK
Bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibu bapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.
Penceraian ibu bapa menyebabkan:
Anak-anak tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada kedua ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan anak-anak berasa tersisih dan kurang mendapat kasih sayang sehingga menyebabkan anak-anak mengalami tekanan perasaan.
PERSEKITARAN
Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada
persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca
daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan
murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang
diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling,
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr
Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan
negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini
bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana
persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini
berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas
padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan
pembelajaran.
GURU
Guru
adalah orang yang paling berpengaruh dalam perkembangan seorang kanak-kanak.
sikap seorang guru akan menyebabkan pelbagai bentuk dan perubahan emosi murid.
Guru yang garang, tidak bersikap adil, tidak mengambil berat, akan menyebabkan
murid yang bermasalah tingkah laku kerana murid lebih bebas untuk berkelakuan
tidak sopan samaada dengan rakan-rakan mahupun guru mereka sendiri. Jika guru
itu garang anak murid akan berasa takut dak tidak yakin dengan diri mereka
sendiri kerana mereka takut sekiranya guru tanya dan mereka jawab dengan
jawapan yang salah. Ini akan menyebabkan murid tersebut jadi lebih pasif.
Salah satu faktor lain yang menyumbang tekanan emosi kanak-kanak ialah kurangnya kecerdasan intrapersonal.
Kecerdasan intrapersonal merujuk kepada kecerdasan seseorang yang mampu
memahami diri sendiri, mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya sendiri.
Kebiasaannya, pelajar masa ini lebih cenderung berfikiran negatif.
Terdapat 3
konsep diri negatif yang diamalkan oleh pelajar iaitu:
1. Tidak yakin dengan kemampuan diri untuk mengatasi masalah.
2. Tidak merasa setara dengan orang lain.
3. Malu menerima pujian dan kritikan.
SOSIAL
Persekitaran sosial seperti pergaulan bebas antara
pelajar lelaki dan perempuan menyebabkan mereka mudah terjebak dalam gejala
sosial. Mereka yang terlibat ini akan mengalami tekanan kerana tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Sebagai
contoh, seorang pelajar perempuan yang telah mengandungkan anak teman lelakinya
akan berasa tertekan kerana malu dan takut kepada masyarakat sekeliling.
GAYA HIDUP
Gaya hidup atau keinginan yang melebihi kemampuan juga
menyebabkan tekanan dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar mempunyai keinginan
yang sangat tinggi yang ingin dicapai. Mereka juga tidak bijak menguruskan keperluan dengan betul ini menyebabkan berlakunya stess. Ada di antara pelajar yang
mempunyai cita-cita yang terlalu tinggi dibandingkan dengan kemampuan
mereka. Apabila mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka cita-citakan mereka yang
berasa sangat tertekan
Punca-punca dan Huraian
***********************************************************************************************************
BAGAIMANAKAH CARA MENGATASI GANGGUAN EMOSI MURID?
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA
IBU BAPA
Keluarga yang mempunyai masalah atau konflik akan menyebabkan anak yang menjadi
mangsa. Anak-anak akan berasa terpinggir kerana kurang kasih sayang.
Oleh yang demikian, anak -anak ini dinasihati supaya berjumpa dengan para profesionalseperti Kaunselor sekolah serta mendapat sokongan emosi dari orang sekeliling.
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA PERSEKITARAN
Riadah dapat mengurangkan
stress.
Riadah merupakan satu aktiviti yang dapat
mengurangkan stres khususnya dalam kalangan pelajar. Aktiviti riadah
seperti bersukan bukan sahaja dapat menjadikan fizikal lebih mantap malah organ
dalaman serta sistem pernafasan kita juga dapat berjalan dengan lancar. Hal ini
kerana riadah merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian
kita. Selain itu, riadah dari segi minda juga perlu bagi mengurangkan
masalah stress antara riadah minda yang dapat kita lakukan ialah dengan bermain bola sepak, badminton, membaca Al-Quran, membaca komik dan lain-lain.
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA KEINGINAN MELEBIHI KEMAMPUAN
Apabila kita sedar sesuatu perkara yang kita lakukan di luar kemampuan diri maka manusia seharusnya berhenti melakukannya. Tekanan pasti dapat atasi sekiranya kita tidak terlalu memaksa diri. Kita boleh menjalankan kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dengan memberikan keseronokan supaya tekanan dapat diatasi. Oleh itu,janganlah kita terlalu membuang masa kepada perkara yang kita tidak lagi mampu tanggung.
Banyak kes pelajar bunuh diri kerana tidak dapat mencapai impian atau cita-cita yang mereka harapkan kerana di luar tahap kemampuan mereka. Oleh kerana kes ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengambil jalan penyelesaian dengan membangunkan program Tools 4 teen untuk mendidik pelajar menghadapi cabaran hidup.
Oleh itu agama islam sangat menuntut sifat redha dalam diri ummatnya.
Dapatkan maklumat lanjut layari:
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA SUDUT INTERPERSONAL
Pelajar perlu mengalih pandangan kepada situasi yang lebih tenang atau relaks. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah:
- Menyanyi
- Menari
- Menjerit
- Berlari
- Ketawa
Hal ini boleh membantu kanak-kanak melepaskan stress sambil menyanyi tidak kira di mana sahaja ikut kehendak diri sendiri. Kanak-kanak boleh meluahkan perasaan kepada sahabat karib ataupun meluhkannya dalam diari.
Selain itu, stress juga boleh diatasi apabila kanak-kanak melihat segala masalah itu dari segi positif. Misalnya,apabila kanak-kanak ini menghadapi sesuatu masalah mereka mestilah cuba berfikir secara positif dengan menerima masalah itu sebagai panduan atau hikmah dalam kehidupan pada masa akan datang.
Mereka perlu juga menetapkan matlamat yang realistik dalam kehidupan seharian bagi menangani stress. Contohnya, mereka perlu bertindak mengikut keutamaan bagi mengelakkan mereka tidak membuang masa.
ATASI GANGGUAN EMOSI DARIPADA SOSIAL
Menjalankan kerja masyarakat dan kebajikan juga merupakan salah satu langkah bagi menangani masalah punca sosial. Remaja tersebut haruslah membiasakan diri dengan melakukan kerja-kerja masyarakat seperti:
- Aktiviti gotong-royong
- Mengikuti majlis keagamaan
- Menderma kepada masjid atau rumah anak-anak yatim dan sebagainya.
Hal ini akan menjadikan remaja lebih dewasa dan tidak memikirkan kegiatan sosial. Selain itu,remaja juga patut meninjau keadaan orang yang kurang bernasib baik sama ada dari segi kewangan,pendidikan,kesihatan dan keluarga. Ini sekaligus akan dapat menyedarkan individu tersebut dari terus lalai dan hanyut dengan gejala sosial. Aktiviti ini pelajar boleh mengikuti persatuan seperti pengakap atau aktif dengan belia atau rakan muda yang banyak meluangkan masa di tempat yang sepatutnya. Oleh yang demikian,masa pelajar dapat di isi dengan aktiviti yang berfaedah.
LANGKAH MENGATASI MASALAH TEKANAN EMOSI
Setiap detik gangguan boleh membawa pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Jika pembentukan sahsiah kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa. Dalam kebanyakan situasi, masalah mental dan sosial boleh melemahkan lagi tunggak kekeluargaan pada masa akan datang. Ini sudah tentu merugikan semua pihak. Pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja, perlu prihatin dan memainkan peranan mereka dalam urusan ini dan memastikan supaya sesuatu tindakan diambil sejak awal lagi. Orang lain atau ahli keluarga lain mungkin tidak boleh mencegah penderaan emosi atau tidak boleh melindungi kanak-kanak dengan sepenuhnya daripada melalui peristiwa yang traumatik, tetapi mereka boleh membantu secara pendidikan iaitu memberi perlindungan bagi mengurangkan kesan penderaan emosi, terutama sekali terhadap harga diri kanakkanak. Pihak perundangan juga perlu memainkan peranan mereka dengan lebih bijaksana dan berkesan dalam pengurusan kes-kes penderaan.
No comments:
Post a Comment