CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

HAK ASASI KANAK-KANAK

 Latar belakang
Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan pada 20 November 1989 dalam Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke 44 dan sudah mula diterima pakai. Konvensyen kanak-kanak merupakan satu dokumen memberikan perlindungan kepada kanak-kanak dari aspek  :
  1. Pengabaian
  2. Penderaan
  3. Eksploitasi
  4. Menjamin kanak-kanak mendapat haknya
Keperluan mewujudkan Konvensyen Hak kanak-kanak adalah untuk :
  1. Banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanak-kanak.
  2. Perkembangan sihat kanak-kanak amat penting
  3. Kanak-kanak lemah jika dibandingkan dengan orang lain.
  4. Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa jua yang dilakukan atau tidak dilakukan.
  5. Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi.
Prinsip-prinsip Konvensyen
  1. Kanak-kanak tidak harus didiskriminasikan
  2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan
  3. Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberikan keutamaan.
  4. Kanak-kanak harus diberikan peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberikan kebebasan menyuarakan pendapat mereka.
Konvensyen Hak Kanak-kanak ini telah :
  1. Memperakui bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak, kebebsan tanpa mengira kaum, keturunan, warna kulit, kedudukan sosial, fahaman politik, kecacatan atau lain-lain status.
  2. Memberikan penekanan khas kepada semua kanak-kanak dan syorkan supaya keluarga memberikan perlindungan.
  3. Memperakui personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya
  4. Mengingati kanak-kanak  itu belum matang dari segi mental, emosi, fizikal dan  memerlukan  pelindungan dan jagaan khas
  5. Mengiktarafkan bahawa seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang susah.
  6. Menekankan betapa pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi mendapatkan perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi seorang kanak-kanak.

HAK KANAK-KANAK

Tiga Prinsip Utama Konvensyen Hak kanak-kanak :



  • kanak-kanak ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun.
  • Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi.
  • Semua tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan kepentingan terbaik bagi kanak-kanak.
HAK KANAK-KANAK
  • HAK KEHIDUPAN
  • HAK PERLINDUNGAN
  • HAK PERKEMBANGAN
  • HAK PERNYATAAN

HAK ASASI KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangi beberapa konvensyen seperti berikut:
  1. Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 199
  2. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1999
  3. Konvesnyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 138 (minimum umur untuk bekerja) ; 1997
  4. Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182,(bentuk buruh kanak-kanak 10 November 2000                                                                                                      
Hak Asasi Kanak-kanak Ppt

No comments:

Post a Comment